Masa kecil kita lahir sahaja kita dah tergolong didalam Kategori BEBEL atas perkara merengek dan menjerit. Ibu bapa kita juga akan membebel dekat kita sebagai satu kaedah membesarkan kita. Alam persekolahan pula Guru / Pendidik akan melakukan kaedah yang sama + alam IPT dengan lecturer dan kawan-kawan group diskusi. Alam Remaja pula sibuk dengan bercinta mendengar pasangan kita membebel.
Persoalannya, adakah BEBEL ini terletak didalam perkara tin kosong atau ia adalah satu kaedah yang berkesan bagi kita meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kita?
Bagi pendapat aku.. YA! ... jika pikir positif, setiap perkara yang disampaikan penuh dengan isi tersurat dan tersirat untuk disampaikan tetapi bergantung kepada objektif penyampaian dan tujuan semasa proses BEBELan ini berlaku.
Sebagai Mangsa Bebel ini, penerimaan hendaklah sentiasa positif dan jangan sekali-sekala mengeluarkan ion negatif kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada proses ini. Contohnya : -
Semasa Arwah Abah aku menasihati aku, umur aku dilingkungan 20an dan aku terlepas kata-kata "Asyik Bebel jealah", secara autonya Hati org tua aku tersentap dengan kata-kata aku. Merajuk dan masuk didalam bilik atas kata-kata anaknya. Disusuli kemaafan aku perlu turutkan ke bilik untuk memohon maaf atas kata-kata aku dan masa yang agak lama untuk berbaik semula.
So, diluar sana, tidak kira mcmner pun kita mengalami proses bebelan ini. So tolong pikir positif dan terima ia sebagai satu perkara yang baik.
Nukilan,
7 Mac 2014
No comments:
Post a Comment